The Princess!

Follow Dash

Twitter || Facebook || Instagram

 photo imageedit_4_9702134270.png
Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here.
Pardon my words


Tagboard!

Talk A lot Here xD Please Leave Your Link Here. Its Easy For Me To Venture You Blog Babe :



Twitter!



Nuffnang!



"Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan"
-Khalifah Ali bin Abi Talib-

Baksis Perdana 1 Malaysia

Assalamualaikum

Hye, (tetiba rasa awkward pula) dah lama betul tak update. Rindunya dengar ketak-ketak keyboard time update blog. Feeling dia lain tau type status dekat facebook dengan tulis blog ni ..

Well, malas nak merepek melalut panjang lagipun pun blog nih dah diberi nafas baru, kehidupan baru, baju baru, tuan baruuuu?! Eh itu tak, TAK TAK TAK tuan masih sama. Comel cantik menawan da bom lagi tuh. okay dah stop!

Memandangkan dah 2 tahun tak update so memang banyak lah benda yang berlaku kan. ada yang gembira ada yang sedih ada juga yang menyakitkan hati and bla bla bla..

Oh oh lupa nak bagi tahu sekarang aku sambung belajar dekat uum tau. Tak tahu dekat mana? Hmm google sendiri okay kahkahkah. Eh seronok tau sebab dapat kawan baru, dapat senior baru, dapat pakwe baru, dapat lecturer baru dapat memacam lah lagi *except for pakwe baru tuh, if you know what i mean.

Ish tu lah susah kalau dah lama tak ber blogging nih, bila nak start balik rasa nak cerita semua (tapi agak-agak lah pulak kan aku nak menaip pepanjang) and sometimes rasa tak tahu nak cerita yang mana and nak start dari mana. So, dipendekkan cerita aku nak cerita time pergi BAKSIS PERDANA 1 MALAYSIA . Program ni program keluarga angkat hmm something like that lah. Ni pun first time juga join atas desakan seorang hamba Allah nih ..

Aku sebenarnya taknak type dah so, aku tunjuk gambar je. Well, Bella kan sejak dah umur 20 tahun nih dia punya level malas tuh makin menjadi jadi. Tak tahu kenapa puas dah berubat tapi... gyahahahaha.

Ini ah bas kita orang (tak faham bas pun nak kena bagi tahu) hahaha peduli apa aku. Kali ni baksis buat dekat Kg. Titi Tinggi Hilir, Perlis.

 Ni antara muka muka yang eksaited dapat pergi baksis tu tau. semua tempat nak bergambor hehe

 Nahhhh, ni akak-akak yang cung melecungg. Eh serious, insekiyor tengok diorang. Blerghhhh *semoga takda siapa baca blog nih*

well, this is my oxygen. arghhh rindunya diorang baru berapa hari cuti. Tudung cekelat tuh Fishah, sebelah dia tuh dakzu, sebelah lagi tuh Sam, sebelah lagi Kalili, sebelah lag dakrai, pehtu depan tu Atin, sebelah dia tudung hitam tu Aishah dan last sekali tuh Zubir .. :D

Haaa haaaa ada pun gambar aku.( asal nampak tinggi kurus nih?) yang dua orang kecik tuh adik angkat aku tau. Yang tudung kuning tu pun adik angkat aku tau. Long lost sister hahahha lol ..

 yang ni pulak time sukaneka. eh memang seronok gila lah time nih sebab ramai betul yang involve tak kira la makcik ke pakcik ke kakak ke adik ke argghh best. 

Banyak sebenarnya game yang kita orang buat tapi yang aku join SATU je kahkahkah. Okay what daripada tak join apa apa kan. hmm kira bagus juga aku nih *flip shawl hewhew..

Gambar pun banyak BANYAK tapi rasa melampau pulak kalau nak masuk semua. Separuh dah lah sebab aku pun tak larat nak letak caption sesatu.




.......................................................

Yang ni pula moment time lelepak dekat sawah. Memang jakun juga lah sebab yelah kampung takda sawah kan. Dapat tengok padi, dapat tengok bangau, dapat tengok pemandangan yang cantik, dapat tengok bebudak men lelari, dapat tengok jentera sawah padi (eh betul ke) pehtu dapat tengok ... hmm lupa dah. banyak lah lagi hehe


 cantik kan pemandangan belakang tuh hurmmm *pegang pipi

 bonding time lah kot hehe




ini masa malam penutup. comel comel semua herher ..

well, sepanjang 3 hari 2 malam kat sana memang best. banyak aktiviti yang kita orang buat. malam penutup tu lah paling best rasanya sebab dapat makan ikan keli bakar, ayam bakar ah senang cite buat bbq lah haha.

Lepastu kami ada nyenyanyi. uuuuuuuuuuuu~ suara aku memang sedap (tahu lama dah)..

then keesokkan hari nya bebas. parents angkat boleh bawa anak anak angkat dia ke mana sahaja. and and mak angkat kita bawa kita ke Padang Besau. First time juga tuh pergi sana hehe.. Okay ini gambar last but not least..



Cukup lah kot untuk hari ini. nak pergi makan nih lapau.. duk perah otak cemana nak update blog ni sampai tak menyempat nak makan. Tapi takpa sebab rasa puas. Puas sangat..

InshaAllah kalau rajin nanti aku update lagi. hahaaa kbye ..